Skip to main content

TM Piala Malaysia 2017 : Negeri Sembilan, T-Team berkongsi mata

SEREMBAN  - Negeri Sembilan mensia-siakan dua gol awal apabila sekadar seri 3-3 dalam perlawanan sengit Kumpulan A bola sepak Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.

Tuan rumah bermula garang apabila menyumbat gol sulung seawal minit ketiga perlawanan menerusi pemain import, Bruno Suzuki.
Hasil sentuhan seorang lagi pemain import, Jonathon Behe pada minit ke-23 meletakkan skuad Hoben Jang Hoben selesa mendahului dengan dua gol.
Bagaimanapun, dalam separuh masa kedua, T-Team bangkit dan mencemaskan penyokong tuan rumah apabila menyamakan kedudukan masing-masing hasil jaringan Nor Hakim Hassan pada minit ke-53 dan Fakhrurazi Musa (m-73).
Advertisement
Kemenangan seakan-akan menjadi milik Negeri Sembilan apabila mendapat gol pendahuluan menerusi pemain tengahnya, Farderin Kadir pada minit ke-82.
Namun, pasukan pelawat berjaya mencuri satu mata apabila dihadiahkan penalti pada minit akhir perlawanan yang disempurnakan oleh bintang importnya, Dilshod Sharofetdinov. - UTUSAN ONLINE



Comments