JEMPOL - Seorang wanita warga emas ditemukan mati dengan kesan kecederaan selepas dipercayai disamun di rumahnya di Pekan Jelai, Bahau dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mayat mangsa, M. Pichai, 70, dijumpai dalam keadaan terbaring di ruang tamu oleh seorang cucu lelakinya berusia 17 tahun.
Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.25 petang mengenai kejadian tersebut sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.
"Siasatan awal polis mendapati tiada kesan pergelutan dan pecah masuk rumah. Bagaimana, salah seorang ahli keluarga mendakwa anting-anting yang dipakai mangsa telah hilang.
Advertisement
"Keputusan bedah siasat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban hari ini mengesahkan punca kematian disebabkan kesan tekanan di leher mangsa," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment