1,600 guru di Kuala Pilah bakal terima komputer tablet

KUALA PILAH - Kira-kira 1,600 guru di daerah ini akan menerima komputer tablet dilengkapi perisian Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Majlis simbolik penyerahan tablet tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan dan Integrasi Nasional negeri, Datuk Ismail Lasim di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan negeri, Zainab Mohamed Shah dan Pegawai Pendidikan daerah, Zainal Abidin Ahmad.
Ta­b­let itu mengandungi hampir 16,000 soalan pelbagai aras termasuk yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Sebelum ini komputer tablet tersebut telah diserahkan kepada guru-guru di Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Comments