SEREMBAN - Sebanyak 46 buah premis makanan termasuk tiga
buah hotel di sekitar Nilai di sini yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung
semasa penganjuran Sukan SEA diperiksa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan hari
ini.
Pengarahnya, Dr. Zainuddin Mohd. Ali berkata, Operasi
Bersepadu Premis Makanan Bersih itu memberi fokus kepada premis makanan yang
terletak berdekatan Velodrom Nasional yang bakal menjadi venue acara berbasikal
semasa temasya sukan itu.
"Sebanyak 64 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan
1983 dikeluarkan dengan nilai kompaun berjumlah RM21,500 manakala enam buah
premis diarah tutup selama tempoh 14 hari di bawah Seksyen 11 akta sama.
"Ini adalah operasi kali ketiga di lokasi ini dan
kita tidak bertolak ansur terhadap tahap kebersihan premis dan aspek amalan
kebersihan diri dan keselamatan makanan khususnya di premis makanan di sekitar
lokasi acara berbasikal Sukan SEA," katanya di sini hari ini.
Zainuddin berkata, pemeriksaan itu dijalankan bagi
memastikan makanan yang dijual kepada peserta atau pengunjung adalah bersih dan
mengelak risiko keracunan makanan atau penyakit bawaan air. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment