NILAI - Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan anak
anjing yang tersepit sejak tiga hari lalu di dalam saluran paip hujan di sebuah
rumah di Taman Kasturi Height, di sini.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai,
Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd Syazwan Saidy berkata, kejadian itu disedari oleh
seorang guru tadika swasta yang terdengar salakan anjing di hadapan rumahnya.
“Bomba yang menerima panggilan jam 2.18 petang bergegas
ke lokasi dengan sebuah jentera dan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan
(EMRS) dengan kekuatan 10 anggota.
“Sebaik sampai didapati anak anjing itu tersepit di dalam
saluran paip hujan di bahagian hadapan rumah. Anggota kita telah masukkan tangan
ke dalam saluran tersebut dan tidak kurang lima minit, anak anjing itu dapat
diselamatkan,” katanya.
Menurutnya, seorang anggotanya yang bukan beragama Islam
memberikan rawatan awal kepada anak anjing berkenaan dengan membersihkan
lukanya sebelum dilepaskan kepada ibunya. - Sinar Online

Comments
Post a Comment