Kanak-kanak hilang ditemukan dalam keadaan lemah

TELOK KEMANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang hilang awal pagi tadi di kuarters Politeknik Port Dickson dekat sini telah ditemukan kira-kira pukul 9 malam tadi.
Kanak-kanak itu, Faralysa Amani dijumpai dekat persimpangan lampu isyarat berhampiran politeknik itu oleh orang awam yang memaklumkan kepada polis.


Menurut bapanya, Fazil Abdullah, 35, anaknya ditemukan dalam keadaan lemah dengan tangan terikat.
"Dia telah dibawa oleh anggota polis yang tiba dengan kereta peronda ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan dan selepas itu diambil keterangan," katanya di sini malam ini.
Faralysa dilaporkan hilang selepas kuarters yang didiami keluarga itu di Politeknik Port Dickson dipecah masuk awal pagi tadi.

Kehilangan kanak-kanak itu disedari kira-kira pukul 6.40 pagi ketika Fazil mahu mengejutkannya untuk ke sekolah. - UTUSAN ONLINE

Comments