Kastam rampas syabu bernilai RM10.55 juta

SEREMBAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas enam guni dadah jenis syabu bernilai RM10.55 juta dalam serbuan di sebuah premis di Seri Kembangan, Selangor semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata,  dalam serbuan pukul 6 petang itu pihaknya menahan tujuh lelaki yang sedang memunggah guni-guni tersebut dari sebuah kontena ke premis berkenaan.
"Pemeriksaan mendapati sebanyak enam daripada 800 guni tersebut mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 150.72 kilogram.
"Kesemua lelaki iaitu lima warga Bangladesh, seorang warga Nepal dan seorang lelaki tempatan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, " katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.
Subromaniam berkata, sebanyak 800 guni tersebut telah diikrarkan sebagai magnesium sulfat dan dibawa masuk dari Chennai, India melalui Pelabuhan Klang. - UTUSAN ONLINE


Comments