PORT DICKSON - Mahasiswa Universiti Malaya (UM),Tay Yih
Yih,20, dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pidato Negaraku Peringkat
Kebangsaan 2017 yang berlangsung di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson, hari
ini.
Dengan kejayaan itu peserta yang mewakili negeri Melaka membawa pulang
hadiah wang RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
Naib
johan dimenangi peserta Sabah, mahasiswa Institut Pendidikan Perguruan Kampus
Keningau Sabah Fatin Daratul Ain Sari@Asri,23, (hadiah RM2,000 piala iringan
dan sijil penyertaan) sementara Mohd
Fikri Mohd Jumat,26, seorang jurutera dari Negeri Sembilan di tempat ke tiga
(hadiah RM1,000 piala iringan dan sijil penyertaan) dan 12 orang peserta
menerima hadiah saguhati, RM500 dan sijil penyertaan.
Hadiah disampaikan oleh
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.Hadir sama,
Adun Linggi, Datuk Abd Rahman Mohd Redza dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan,
Datuk Ibrahim Abdul Rahman.
Seramai 556 peserta menyertai pertandingan di peringkat
negeri dan daerah itu serta 15 orang daripada mereka layak ke pertandingan
peringkat kebangsaan.
Pertandingan Pidato Negaraku Peringkat Kebangsaan adalah
aktiviti dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan sejak 2003 yang mana sebelum ini
pernah dikenali sebagai Pertandingan Pidato 1Malaysia. - Sinar Online

Comments
Post a Comment