GEMAS - Seorang pekerja warganegara Indonesia maut selepas terjatuh semasa bekerja dari ketinggian kira-kira 25 meter di salah sebuah kilang, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa dikenali
sebagai Herman berusia 45 tahun dipercayai terjatuh semasa melakukan
kerja-kerja penukaran skru.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah
Ab Razak, berdasarkan siasatan awal, semasa mangsa hendak berpindah ke bahagian
lain, lantai yang dipijaknya telah pecah.
"Mangsa ketika itu memakai tali keselamatan pada
bahagian badan. Bagaimanapun, tali
keselamatan pada badan mangsa belum disangkut pada bahagian besi.
"Susulan kejadian berkenaan, mangsa telah di hantar
ke Klinik Kesihatan Gemas oleh rakan sekerja untuk rawatan lanjut,"
katanya dalam kejadian, di sini, hari ini.
Hamazah berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh
pasukan paramedik kira-kira jam 3.30 petang di klinik kesihatan berkenaan.
Menurutnya, mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin
bagi proses bedah siasat esok.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Comments
Post a Comment