PERMATA Insan merupakan sebuah program yang ditubuh khas
di Universiti Sains Islam Malaysia dengan tujuan melahirkan para saintis,
teknokrat, penyelidik, cendekiawan dan profesional Islam yang boleh dibanggakan
negara dan ummah.
Program ini merupakan kerjasama di antara Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang
melibatkan pelajar pintar yang berusia 7 hingga 12 tahun dan mempunyai
kecenderungan dalam ilmu pengajian Islam, khususnya al-Quran dan Sunnah.
Penubuhan Kompleks Kolej Permata Insan di USIM dengan
peruntukan RM68juta menjadi platform utama untuk pelajar yang melalui proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan Pembelajaran Abad 21 seperti
penggunaan peranti iPad, Apple TV dan teknologi terkini. #Negaraku

Comments
Post a Comment