SEREMBAN - Pengarah Armor Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Reduan Omar hari ini mengambil alih tugas Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Sofi Md. Lepi sebagai sebagai Panglima 1 Briged.
Perbarisan serah terima tugas Panglima 1 Briged itu berlangsung di Padang Kawad Rejimen ke-15 Askar Melayu Diraja, dekat sini hari ini. Yang turut hadir, Panglima Divisyen 3, Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.
Perbarisan tersebut disertai 27 pegawai serta 322 anggota lain-lain pangkat yang terdiri daripada gabungan unit di bawah 1 Briged.
Advertisement
Reduan Omar mengambil alih tugas Panglima 1 Briged berkuat kuasa 1 Ogos hari ini.
Sebelum berkhidmat di Markas Tentera Darat beliau pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Pertahanan di Kedutaan Malaysia di Brunei. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment