JEMPOL - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal
yang ditunggangnya dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer
1 Jalan Bahau-Juasseh dekat sini pagi ini.
Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, Muhammad Hijas Ridzwan
Khamis, 17, dari Felda Palong 9, Gemas meninggal dunia di lokasi akibat cedera
parah.
Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor
berkata, kemalangan melibatkan motosikal mangsa jenis Yamaha RXZ dengan sebuah
kenderaan lain yang belum dikenal pasti.
“Hasil siasatan di tempat kejadian
mendapati motosikal remaja terbabit dipercayai dilanggar lari oleh kenderaan
lain di pertengahan simpang empat berhampiran Taman Songnam.
“Terdapat kesan calar motosikal jatuh dan kesan brek
kenderaan serta kesan darah di tempat kejadian,” katanya di sini.
Noorzainy
memohon kerjasama orang ramai yang melihat kemalangan itu agar tampil di balai
polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk
dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan
1987. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment