PORT DICKSON - Polis Port Dickson menahan dua suspek
lelaki berusia 18 dan 21 tahun dipercayai tebabit dengan kes kehilangan seorang
kanak-kanak perempuan 10 tahun pagi kelmarin di kediaman keluarganya di Kuaters
Kakitangan Politeknik Port Dickson.
Sumber polis berkata, suspek tersebut yang juga merupakan
pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Port Dickson ditahan disebuah
kompleks membeli belah di Seremban sekitar jam 4.45 petang tadi.
Menurutnya, ketika ditahan, suspek sedang beratur hendak
membeli tiket wayang.
"Polis menyiasat kes ini di bawah Akta Kanak-Kanak
dan bukannya kes berkaitan culik memandangkan suspek tidak meminta wang
tebusan," katanya.
Sumber polis berkata, suspek akan di bawa ke mahkamah
esok untuk mendapatkan perintah reman.
Terdahulu, sekitar jam 9 malam hari yang dalam kejadian
ini, kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan oleh individu yang melarikannya
ditepi jalan berhampiran pondok pengawal politeknik.
Kini kanak-kanak itu sedang mendapatkan khidmat
kaunseling dan pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Comments
Post a Comment