NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amat
gembira dengan pencapaiannya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 apabila
berjaya mendapat penarafan Indeks Akauntibiliti Lima Bintang (Cemerlang) dalam
Pengurusan Kewangan apabila mendapat markah keseluruhan sebanyak 90.97 peratus.
Pengauditan pengurusan kewangan yang dibuat oleh Jabatan
Audit Negara ini selaras dengan kehendak Perkara 106 dan 107, Perlembagaan
Persekutuan serta Akta Audit 1957. Pencapaian ini sekaligus mengekalkan
pencapaian penarafan Lima Bintang (Cemerlang ) Pengurusan Kewangan yang
diterima USIM sebelum ini pada 2015.
Sebanyak 38 Badan Berkanun Persekutuan (BPP) termasuk
USIM telah diaudit secara pusingan iaitu dalam tempoh tiga (3) tahun sekali
oleh Jabatan Audit Negara. Penarafan cemerlang yang diterima USIM adalah hasil
penilaian terhadap terhadap sembilan (9) aspek utama kawalan pengurusan kewangan
iaitu Kawalan Pengurusan; Kawalan Bajet; Kawalan Terimaan; Pengurusan
Perolehan; dan Kawalan Perbelanjaan.
Turut dinilai ialah Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman dan
Deposit; Pengurusan Aset dan Stor; Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman serta
Pengurusan Penyatan Kewangan. Pengauditan ini dilaksanakan dengan menyemak
rekod dan dokumen kewangan bagi tahun 2016 serta penyata kewangan bagi tahun
berakhir 31 Disember 2015.
Pelaksanaan pengurusan kewangan yang mantap dan cekap
oleh Universiti terbukti apabila mendapat penarafan indeks akauntabiliti lima
bintang (markah 90 dan ke atas) dalam tujuh aspek.
Lebih membanggakan, dari tujuh (7) senarai aspek yang
dinilai ini, empat (4) darinya mendapat markah penuh iaitu 100 peratus bagi Kawalan Bajet;
Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman dan Deposit; Pengurusan Pelaburan dan
Pinjaman dan Pengurusan Penyata Kewangan.
Penarafan lima bintang lain yang turut diterima adalah
bagi penilaian Kawalan Pengurusan (92.64 peratus); Kawalan Terimaan (90.20
peratus) dan Pengurusan Perolehan (92.68 peratus).
Penarafan ini merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa
USIM amat berhati-hati dan berhemah dalam membelanjakan peruntukan kewangan
yang diberikan oleh Kerajaan Pusat. Walaupun dengan kekangan peruntukan
kewangan yang dialamai saban tahun, Universiti memanfaatkan sebaik mungkin
sumber kewangan terhad yang dimiliki Universiti untuk perbelanjaan yang utama ,
penting dan terancang.
Pencapaian cemerlang yang diterima ini juga adalah hasil
kerjasama dan komitmen jabatan- jabatan di USIM untuk mematuhi dan melaksanakan
peraturan kewangan yang berkuatkuasa. Ia juga hasil hasil usaha Jabatan
Bendahari dan Bahagian Audit Dalam yang telah melaksanakan fungsi dan peranan
masing-masing dengan cekap dan proaktif. Pemantauan secara dekat dan berterusan
oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti untuk menambahbaik pengurusan kewangan
Universiti turut sama menyumbang kepada kejayaan ini.
Kesimpulannya, melalui Penarafan Indeks Akauntabiliti -
Cemerlang yang diterima melalui Laporan Ketua Audit Negara 2016 ini akan
menjadi suntikan motivasi kepada Universiti untuk terus mengekalkan rekod ini
pada masa hadapan selain dari semasa ke semasa terus gigih memperbaiki,
mempertingkat dan memperkasakan prestasi pengurusan kewangan Universiti.
Berikut kenyataan oleh Profesor Dato Dr Musa Ahmad, Naib
Canselor USIM
Dikeluarkan Oleh :
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Comments
Post a Comment