Yih Yih ungguli Pidato Negaraku

PORT DICKSON – Satu-satunya peserta tunggal berketurunan Cina bagi peringkat akhir, Tay Yih Yih, 23, berjaya dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pidato Negaraku Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.


Yih Yih yang merupakan mahasiswi dari Universiti Malaya (UM) berjaya menewaskan empat peserta lain dengan menya­mpaikan tajuk pidato, ‘Negaraku di Sini Segalanya Bermula’.
Pertandingan yang turut menguji kebolehan peserta de­ngan gaya penyampaian berkonsep ‘Chalk and Ted Talk’ perlu menggunakan perisian Microsoft Powerpoint sebagai bahan sokongan bagi membantu penyampaian mereka.
Johan membawa pulang ha­diah wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala iringan serta sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.
Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza serta Ketua Pengarah Pe­nerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, pertandingan Pidato Negaraku adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pe­nerangan sejak 2003 yang lebih dikenali sebagai Pidato 1 Malaysia sebelum ini. – Utusan Online

Comments