Replika dinosaur di Sentral Bazar Nilai 3 terbakar

SEREMBAN - Replika dinosaur jenis pemakan sayur atau 'Brachiosaurus' setinggi 12 meter yang dipamerkan di laluan masuk Sentral Bazar Nilai 3, Nilai, terbakar petang tadi.


Difahamkan, kejadian disedari pekerja pembersihan apabila melihat asap pada rangka replika berkenaan, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pekerja lelaki berusia 45 tahun terbabit selepas usahanya untuk memadamkan kebakaran sendiri tidak berhasil.
Katanya, bomba mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk memadamkan kebakaran itu dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan

Comments