JEMPOL - Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah
di sini mengejutkan pengurusan sekolah apabila dia selamat melahirkan seorang
bayi perempuan pagi tadi.
Pelajar tersebut
temui terbaring dekat surau sekolah dan terdapat seorang bayi perempuan di
dadanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan
Azham Shah Azlan berkata, pada awalnya pengurusan sekolah tersebut menghubungi
Hospital Jempol memaklumkan terdapat pelajar sekolah itu pengsan kira-kira jam
10.30 pagi.
"Pelajar itu bagaimanapun selamat namun keadaan agak
cemas apabila urinya masih berada didalam rahimnya.
"Dia telah dibawa ke Hospital Jempol namun akan
dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan
lanjut. Ketika ini keadaan pelajar tersebut stabil," katanya ketika
mengesahkan laporan hari ini.
Azham Shah berkata, kes ini disiasat dibawah Seksyen 376
Kanun Keseksaan dan seorang pelajar lelaki sekolah sama turut ditahan untuk
membantu siasatan.
"Kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang
spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak
menularkan sebarang maklumat
berkaitan," katanya.
Comments
Post a Comment