Tuanku Muhriz rasmi Kompleks Islam USIM

SEREMBAN  - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat merasmikan Kompleks Islam Tuanku Muhriz Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.

Baginda diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tengku Ali Redhauddin.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad. 

Kompleks tersebut yang mula dibina pada Jun 2014 dengan peruntukan sebanyak RM29 juta mampu menampung seramai 4,000 jemaah pada satu masa.

Mempunyai keluasan 6,526 meter persegi, Kompleks Islam Tuanku Muhriz mempunyai ruang solat utama, pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, bilik pengurusan jenazah serta kaunter zakat. - UTUSAN ONLINE.



Comments