SEREMBAN - Seramai 1,000 peserta dijangka menyertai acara
larian ala tentera, Warriors Challenge @ N9 yang bakal diadakan di Port Dickson
pada Mac tahun depan.
Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
(PVATM), Mejar (B) Datuk Sazali Ismail berkata, acara tersebut melibatkan jarak
larian sejauh lapan kilometer yang bakal menguji ketahanan peserta.
"Kita yakin dapat mengumpulkan 1,000 peserta bagi
acara tersebut. Kita juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti
pertandingan mewarna dan gerai jualan semasa pertandingan itu," katanya
dalam Majlis Pelancaran Warriors Challenge @ N9 di sini hari ini.
Pelancaran acara tersebut telah disempurnakan oleh
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Pelancongan negeri, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.
Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan sumbangan
RM100,000 kepada Tabung Pahlawan. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment