SEREMBAN - Seramai 18,145 calon menduduki Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) di 147 pusat peperiksaan di Negeri Sembilan bermula hari ini.
Pengarah Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali berkata,
daripada jumlah itu, seramai 15,972 pelajar adalah calon daripada Sekolah
Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan dan Sekolah Berasrama Penuh.
“Seramai 2,173 calon pula adalah dari sekolah menengah
swasta dan calon persendirian,” katanya selepas membuat tinjauan di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment