SEREMBAN - Seramai 233 graduan cemerlang kelahiran Negeri
Sembilan hari ini menerima imbuhan sebanyak RM5,000 kerana memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Kelas Pertama dari institusi pengajian tinggi tempatan dan luar
negara bagi tahun 2017.
Penyampaian cek tersebut telah disempurnakan oleh Menteri
Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah
Cemerlang Kelas Pertama di Klana Resort di sini.
Menurut Mohamad, pada tahun ini seramai 37 graduan
cemerlang telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman pendidikan kepada
Yayasan Negeri Sembilan yang melibatkan jumlah keseluruhan RM507,330.
“Dari tahun 2010 hingga 2016, seramai 182 peminjam telah
mendapat pengecualian tersebut dengan jumlah pinjaman lebih RM2 juta,” katanya
ketika berucap dalam majlis tersebut.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Pendidikan dan Kesihatan negeri, Shamsulkahar Mohd. Deli; Pengerusi Jawatankuasa
Bertindak Modal Insan, Belia Dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris dan
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Mat Ali Hassan.
Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama diperkenalkan
oleh kerajaan negeri pada tahun 2006 bagi memberi pengiktirafan serta
penghargaan kepada graduan cemerlang pada setiap tahun. - UTUSAN ONLINE
Comments
Post a Comment