SEREMBAN – Polis telah mengambil keterangan daripada 80
individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran di Pasar Besar
Seremban pada 9 September lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew
Hock Poh berkata, siasatan polis kini menjurus kepada semua aspek termasuk
penemuan (bahan cecair mudah terbakar) dan siapa yang melakukan kejadian
kebakaran tersebut selepas polis menerima laporan daripada pasukan bomba yang
memaklumkan kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat.
“Setakat ini, seramai 80 individu telah dirakam
percakapan mereka, dan siasatan masih lagi diteruskan,” katanya dalam sidang
media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, hari ini.

Comments
Post a Comment