SEREMBAN - Negeri Sembilan menyifatkan pembentangan Bajet
2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sebagai paling
baik dalam sejarah negara ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini
kerana ia meliputi rakyat di semua peringkat dan tidak ada yang terkecuali
mendapat manfaat dan faedah daripada bajet tersebut.
Katanya, bajet itu dibentangkan secara menyeluruh kerana
kerajaan mahu setiap rakyat mendapat nikmat daripada dasar dan program yang
dilaksanakan olehnya.
"Para pembayar cukai pendapatan menikmati potongan
dua peratus yang akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM500
juta.
"Tetapi oleh kerana kerajaan ingin membantu golongan
berpendapatan rendah atau M40, tindakan itu masih juga diambil demi membolehkan
mereka menikmati kehidupan yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis
Kenduri Rakyat anjuran Jawatankuasa Persatuan Penduduk (JPP) Zon 24 Majlis
Perbandaran Seremban (MPS) Lenggeng di Padang Awam Taman Ampangan Fasa 2 dekat
sini malam ini.
Lebih 2,000 penduduk hadir pada majlis tersebut.
Mohamad berkata, keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan
rakyat juga terpancar jelas daripada pemberian subsidi kesihatan sebanyak RM27
bilion.
"Secara keseluruhannya Bajet 2018 adalah pemberian
daripada Perdana Menteri untuk rakyat yang sentiasa menjadi perhatian
beliau," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment