SEREMBAN - Hujan lebat berterusan sejak petang tadi
mengakibatkan banjir kilat melanda beberapa lokasi di sekitar bandar ini
termasuk dua kawasan perumahan.
Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Munawir
berhadapan bangunan KM Plaza, Terminal Satu, Jalan Mantin-Seremban, Jalan
Templer, Taman Pulasan dan Taman Jasper.
Hujan yang bermula kira-kira jam 4.30 petang itu turut
menyebabkan lebih 10 kenderaan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Sembilan (PPANS) dan Pejabat Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang diletakkan
di kawasan parkir bawah tanah, ditenggelami air setinggi kira-kira 0.5 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris
berkata, hujan lebat secara berterusan yang menyebabkan air longkang melimpah.
![]() |
| Foto Pembaca |
"Jadi banyak kawasan alami banjir kilat. Kita juga
terima maklumat ada kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.
"Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat. Ada satu
kes di Jalan Mantin yang kereta Honda Jazz dipandunya terkandas di dalam banjir
kilat, namun telah berjaya diselamatkan," katanya.


Comments
Post a Comment