PORT DICKSON - Fenomena belalai air berlaku sekitar jam
10.30 pagi semalam di perairan Port Dickson.
Fenomena itu boleh disedari oleh pengunjung pantai dari
kawasan Pantai Bagan Pinang, Pantai Saujana, Pantai Cahaya Negeri dan Pantai
Batu 6.
Sinar Harian difahamkan, belalai air tersebut
berlegar-legar sekitar lima minit sebelum hilang.
Seorang pengunjung pantai, Khairul Nadem Nasron, 35,
berkata, ketika kejadian langit gelap kerana keadaan awam yang tebal.
"Kawan yang nampak, dan mula-mula rasa risau juga
takut dia naik sampai ke pantai, tapi sekejap je dalam lima minit macam tu, dah
hilang.
"Ini kali pertama saya menyaksikan belalai air depan
mata, dan lepas saya 'google', sebenarnya dah beberapa kali fenomena ini
berlaku di Port Dickson," katanya.

Comments
Post a Comment