Dahan ranapkan rumah hasil pampasan VSS

PORT DICKSON - Rumah yang siap di bina setahun lalu hasil duit pampasan skim pemberhentian pekerja (VSS) musnah selepas dihempap dahan pokok dalam satu kejadian hujan dan ribut awal sekitar jam 2.30 pagi tadi di Kampung Pachitan.

Kenanga Hassan, 51, berkata, kejadian itu mengakibatkan ruang tamu rumahnya rosak teruk.
"Tengah tidur, terjaga sebab dengar bunyi dentuman dan rasa rumah bergegar. Kejut suami dan keluar bilik, tengok ruang tamu dah 'hancur' dan masa tu masih hujan, angin juga masih kuat," katanya yang tinggal bersama suami dan anak bongsu berusia 11 tahun.
Kerja-kerja memotong dahan yang tumbang dilaksanakan oleh bomba, Majlis Perbandaran Port Dickson dan dibantu penduduk kampung mengambil masa dua jam bermula jam 8 pagi.


Comments