Dua beradik lemas dalam kolam

JEMPOL - Dua beradik lemas selepas dipercayai tergelincir semasa memancing di sebuah kolam berdekatan rumahnya di Kampung Padang Lalang, Jalan Bahau Juaseh, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Ainul Batrisyah Mohd Nasir,10, dan adiknya Muhammad Solehudin,6, disahkan meninggal dunia akibat lemas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, memaklumkan dua kanak-kanak jatuh kolam pada jam 6.03 petang dan tiba ke lokasi kejadian kira-kira 14 minit kemudian.
Katanya, sebaik sampai ke lokasi kejadian kelihatan dua beradik itu terapung dan mangsa pertama berjaya dibawa naik pada kira-kira jam 6.20 petang, manakala mangsa kedua pula berjaya dibawa keluar pada jam 6.25 petang.

Kedua-dua mangsa kemudian di hantar ke Hospital Jempol untuk tindakan susulan.

Comments