SEREMBAN - Hasil pemeriksaan keselamatan Jabatan Bomba
dan Penyelamat Negeri Sembilan mendapati hanya satu daripada 64 sekolah tahfiz
di seluruh negeri itu menepati aspek keselamatan yang ditetapkan.
Selain itu, 41 daripadanya masih belum mendaftar dengan
Jabatan Pendidikan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata justeru,
sekolah tahfiz yang beroperasi di negeri ini yang tidak menepati aspek
keselamatan yang ditetapkan bomba dan belum mendaftar, digesa berbuat demikian
hingga Jun tahun hadapan.
“Pihak sekolah diberi tempoh hingga Jun tahun hadapan dan
jika gagal berbuat demikian, sekolah mereka akan diarahkan tutup serta-merta,”
katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, sekolah tahfiz yang menepati spesifikasi
keselamatan bomba di negeri ini iaitu Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, Gemencheh
adalah seliaan kerajaan negeri. - Bernama

Comments
Post a Comment