Skip to main content

JKDM tahan lelaki miliki 20 kg dadah

SEREMBAN  - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki menyeludup masuk dadah jenis ketamin seberat 20 kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya berkata, suspek yang tiba dengan menaiki penerbangan dari Mumbai, India merupakan pemilik sebuah pusat hiburan di ibu negara.
“Pemeriksaan ke atas bagasi miliknya menemukan dua bungkusan mengandungi serbuk berwarna coklat yang didakwa suspek sebagai kunyit dan dibeli dari pasr raya di Mumbai untuk dijadikan minuman kesihatan.
“Bagaimanapun, hasil ujian saringan Jabatan Kimia mengesahkan serbuk berkenaan mengandungi dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM900,000,” katanya dalam sidang akhbar di Cawangan Narkotik JKDM, Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.
Zulkifli berkata, suspek direman selama 14 hari hingga Isnin depan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE




Comments