KUALA PILAH - Hujan lebat sejak jam 3 petang tadi
menyebabkan Kampung Orang Asli Guntur, Batu Kikir di sini dilanda banjir kilat
setinggi 1.2 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun
Kamuni berkata, lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan
kecemasan jam 6.08 petang.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dan
ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Guntur.
“Sehingga kini satu pusat pemindahan dibuka di dewan
orang ramai Kampung Guntur yang menempatkan 92 orang terdiri dari 23 keluarga.
Mangsa terlibat dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung
Guntur.
‘Bagaimanapun, air telah surut sepenuhnya pada jam 6.40
petang dan kebanyakan kaum lelaki telah pulang ke rumah untuk melakukan kerja
pembersihan manakala wanita dan kanak-kanak masih ditempatkan di pusat
pemindahan,” katanya.
Beliau berkata, selain anggota bomba, turut terlibat
dalam tugas-tugas membantu adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kerja
Raya (JKR), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan
Malaysia (Rela).

Comments
Post a Comment