Kemudahan tidak dijaga

SEREMBAN - Kompleks Sukan Tan Sri Dr. Mohd Said yang terletak di Seremban 2 di sini menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai bersukan dan beriadah.

Kawasan itu sering dikunjungi sama ada pada sebelah pagi atau malam kerana terdapat kolam renang, gelanggang badminton, skuasy, hoki, gimnasium dan trek lumba.
Bagaimanapun, bagi kebanya­kan pengunjung walaupun kompleks itu beroperasi lengkap de­ngan kemudahan berkenaan na­­mun terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian oleh pi­hak bertanggungjawab terutama dari segi penyelenggaraan.
Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan terbabit mendapati ba­nyak longgokan sampah serta pelepah daun kering dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.
Berdasarkan pemerhatian, ba­nyak pokok bunga di sekeliling kawasan itu tidak dijaga dengan sempurna.
Lebih mengejutkan sebaik memasuki pintu hadapan kompleks berkenaan kelihatan sebuah pondok pengawal yang sudah rosak dan belum dibaik pulih.
Berdasarkan pemerhatian, di dalam pondok itu terdapat wayar-wayar yang berjuntai dan kelihatan terputus dipercayai akibat perbuatan vandalisme.
Lebih membimbangkan jika wa­­yar tersebut masih mempu­nyai arus elektrik dan boleh mem­bahayakan sesiapa sahaja.
Sementara itu, seorang pe­ngun­jung, Jenny Lee, 29, meluahkan rasa kecewa kerana walaupun tempat tersebut beroperasi de­ngan baik tetapi keadaan persekitaran tidak bersih.
“Contohnya ada beberapa ba­ngku yang disediakan untuk orang ramai beristirehat juga di­biarkan terbengkalai.

“Apa pandangan orang luar apabila mengunjungi ke tempat ini. Mohon kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) da­pat menjaga tempat ini sebaik­nya,” katanya.

Comments