KUALA PILAH – Seorang pesara juruteknik Tenaga Nasional
Berhad (TNB) Razali Ahmad, 63, hari ini dilantik sebagai Datuk Shahbandar Luak
Ulu Muar manakala seorang kontraktor Suhaimi Ibrahim, 48, pula menjadi Datuk
Bentara Kanan Istana Besar Seri Menanti.
Lantikan Baru 2 Penyandang Pesaka Seri Menanti
Pelantikan mereka diisytiharkan oleh Penghulu Luak Ulu
Muar, Datuk Bendahara Setia Maharaja, Maharaja Lela Pahlawan Datuk Mansor Yusof
dan disaksikan oleh pembesar-pembesar adat yang lain.
Istiadat pelantikan dan perisytiharan kedua-dua mereka
sebagai penyandang pesaka yang bertaraf Lembaga dan Pegawai Istana Besar Seri
Menanti itu dilangsungkan di Balai Penghulu Luak Ulu Muar, Tanjung Ipoh, di
sini, hari ini.
Razali dilantik menggantikan penyandang pesaka sebelum
ini Rosli Abd Rahman yang meninggal dunia pada April lepas manakala Suhaimi
dilantik menggantikan penyandang Ibrahim Ujang yang meninggal dunia pada 2015
lalu.
Razali dilahirkan pada 10 Jun 1954, merupakan anak kedua
daripada lapan orang adik-beradik.
Beliau kini merupakan Setiausaha Masjid Kariah Terusan,
Timbalan Ketua Cawangan UMNO Terusan dan Setiausaha Kumpulan Yassin Terusan
Ulu.
Sementara itu, Suhaimi yang dilahirkan pada 19 Julai 1969
di Kampung Gementir, Kuala Pilah merupakan anak kelima daripada lapan adik
beradik.
Beliau juga aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan
termasuk menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Kampung Gementir dan merupakan timbalan guru Seni Silat Cekak Harimau Pencak
Laksamana Malaysia.
Petikan berita daripada BERNAMA (4 November
2017)




Comments
Post a Comment