RASAH - Seorang penganggur yang disyaki menikam abang
kandungnya sehingga mati dalam kejadian di Taman Bunga Sejati, Kuala Sawah
dekat sini semalam direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Seremban, Siti Huzaifah Abdul Talib di Mahkamah Khas Reman di
sini pagi ini.
Penahanan reman tersebut membolehkan polis menyiasat
lelaki berusia 31 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, mangsa, Norhaidi
Mat Yusop, 40, maut selepas dipercayai ditikam oleh adik lelakinya selepas
berlaku pertengkaran di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Kuala Sawah.
Mangsa yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung
Nyatoh turut dipukul dengan besi penggali tanah di kepala semasa cuba
menyelamatkan diri. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment