JELEBU – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah
melaksanakan Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Jelebu
di Kampung Ulu Kemin, Kuala Klawang, di sini, baru-baru ini.
Program berkenaan mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) daerah, Pejabat Kesihatan daerah, Majlis Keselamatan Negara
Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia daerah dan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) negeri.
Wakil pegawai JAKOA daerah, Mohammad Fauzi Ali berkata,
objektif dilaksanakan program ini adalah bagi mengeratkan lagi jalinan kasih
dan tali persaudaraan antara sesama penduduk kampung, masyarakat orang asli
dengan pemimpin setempat dan agensi kerajaan.
Beliau berkata, masyarakat Orang Asli perlu tahu agensi
kerajaan sentiasa mengambil berat hal ehwal mereka.
“Itu sebabnya program ini dianjurkan di mana menjadi
platform dalam memberi ruang dan peluang serta kemudahan kepada penduduk untuk
berurusan dengan agensi kerajaan yang terlibat.
“Dalam masa sama, kita mahu memupuk semangat setiakawan
dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat orang asli,” katanya pada program
berkenaan yang disempurnakan Adun Klawang, Datuk Yunus Rahmat.
Mohammad Fauzi berkata, JAKOA juga baru sahaja selesai
melaksanakan kerja-kerja membina jambatan bagi laluan motosikal Kampung Ulu Kemin untuk memudahkan masyarakat
Orang Asli kampung tersebut membawa keluar hasil pertanian mereka.
Sementara itu, sumbangan berbentuk makanan turut
disampaikan kepada 18 ketua keluarga Kampung Ulu Kemin dan 68 ketua keluarga
Kampung Ulu Kelaka.
Selain itu, penyampaian bantuan kerusi roda dan
tongkat kepada penduduk Kampung Baner Tengkoh, Malina Abdullah serta perasmian
dua unit rumah di bawah program bantuan rumah (PBR 2017) JAKOA

Comments
Post a Comment