RASAH - Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB)
ditahan reman tiga hari bermula hari ini berhubung kes meminta sogokan wang
tunai RM280 daripada seorang pemilik rumah bagi mempercepatkan penyambungan
bekalan elektrik, Rabu lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Khas
Reman, Nur Hayatie Mohd. Saini selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.
Lelaki berusia 38 tahun yang bekerja di TNB cawangan
Seremban tiba di mahkamah pada pukul 10.28 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.
Dia ditahan oleh SPRM pada pukul 12 tengah hari di
pejabatnya dan wang sogokan RM280 dijumpai di lokasi tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -
UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment