SEREMBAN – Lebih
6,000 penjawat awam kerajaan negeri akan menikmati pemberian sagu hati sebanyak
RM2,000 melalui peruntukan Bajet 2017 dan 2018.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bayaran
sagu hati melalui Bajet 2017 akan diberi pada penghujung Disemberi ini.
Manakala selebihnya akan dibayar pada awal Januari 2018
sebanyak RM500, dan bakinya akan dibayar pada Hari Raya nanti.
Katanya, pemberian sagu hati ini adalah sama seperti yang
diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kepada semua
penjawat awam seluruh negara.
“Memandangkan kita telah membuat bajet tahun 2017 untuk
memberi sagu hati sebanyak RM500 pada akhir tahun ini, maka pemberian tersebut
akan dibayar sekali bersama gaji bulan 12.
“Manakala pada Januari 2018 pula, kita akan membuat
pembayaran sebanyak RM500 dan baki RM1,000 itu akan diberi semasa Hari Raya
nanti.
“Pemberian sagu hati ini akan membabitkan peruntukkan
sebanyak RM11 juta,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini, tadi. - Sinar Online

Comments
Post a Comment