SEREMBAN - Wanita dipercayai tertua di negara ini, Safiah
Ujang yang berusia 128 tahun meninggal dunia di rumahnya di Kampung Seberang
Batu Hampar, Rembau di sini tengah hari ini akibat sakit tua.
Cucunya, Mohammad Hafis Abdul Ghani, 29, berkata, arwah
menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Katanya, walaupun arwah neneknya menghidap penyakit
kanser usus namun keadaannya sebelum ini baik dan tidak kritikal.
“Bagaimanapun dalam masa seminggu lepas nenek tidak mahu
menjamah nasi dan dia hanya minta buah-buahan," katanya ketika dihubungi
di sini.
Allahyarham yang dilahirkan pada 1889 meninggalkan
seorang anak berusia 75 tahun, enam cucu dan 30 cicit.- UTUSAN
ONLINE

Comments
Post a Comment