Lelaki rentung kereta terbakar


TELOK KEMANG - Seorang lelaki rentung selepas keretanya terbakar dalam kemalangan di Kilometer 17.4 Lebuh Raya Seremban-Dickson (SPDH) arah Seremban di sini pagi ini.

Kejadian pukul 2.45 pagi itu melibatkan mangsa, Lim Tong Hai yang memandu kereta jenis Naza Citra.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal kenderaan lalu terbabas menyebabkan kenderaannya terbakar.
"Lelaki itu dipercayai tidak berjaya keluar dari kenderaan dan mayatnya ditemukan dalam keadaan rentung," katanya di sini hari ini.
Zainudin berkata, polis meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. - UTUSAN ONLINE

Comments