SEREMBAN- Pelakon, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affandi
kerugian kira-kira RM1,200 apabila dompetnya dipercayai dicuri ketika sedang
membeli-belah di Kemayan Square di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Superintenden Thiew
Hock Poh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika Meor Mohd.
Afif, 28, berada di sebuah butik di pusat membeli-belah tersebut apabila
pelakon itu menyedari kehilangan dompet yang diletakkan di bahagian belakang
kereta sorong bayinya Pengadu (Meor) syaki ia dicuri oleh seseorang, anggaran
kerugian iaitu wang tunai yang disimpan di dalam dompet lebih kurang RM1,200;
katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.Hock Poh berkata, pihaknya sedang
berusaha mengesan dan menangkap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 380
Kanun Keseksaan. Beliau berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat
mengenai kejadian diminta tampil memberi maklumat kepada pegawai penyiasat
Sarjan Fatimah Tomin di talian 06-6033222 atau sambungan 3482 atau menghubungi
balai polis berdekatan. - BERNAMA
Comments
Post a Comment