RUU Antiberita Tidak Benar jadikan PRU-14 bersih


SEREMBAN - Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Kabinet baru-baru ini secara tidak langsung menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bersih.
Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Chong Sin Woon berkata, undang-undang tersebut bertepatan bagi menangkis berita palsu berkenaan kerajaan agar tidak mempengaruhi keputusan PRU-14.
"Seperti yang dapat dilihat dalam media sosial masa kini, terdapat banyak berita palsu mengenai kerajaan serti mengimport seramai 40,000 pengundi dari Bangladesh untuk pilihan raya akan datang. Jelas sekali ia adalah satu perkara yang tidak benar.
"Kita perlu perangi berita palsu ini dari terus disebarkan dan jika mahukan pilihan raya yang bersih, maka tidak boleh membiarkan sesetengah pihak mencipta berita palsu seperti yang tular di media sosial sekarang ini," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian E-sport Mobile Legend, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE




Comments