SEREMBAN - Polis hari ini merakam percakapan penceramah
bebas popular, Syamsul Debat, 41, atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail
berhubung dakwaan mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.
![]() |
| Syamsul Debat |
Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata,
penceramah itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini
pada pukul 11 pagi dan memberikan kerjasama.
Menurutnya, Syamsul memberi keterangan susulan laporan
polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 51 tahun pada Sabtu lalu.
“Polis sudah melengkapkan keterangan semua pihak iaitu
Syamsul, pengadu dan isteri pengadu yang berusia 39 tahun. Setakat ini polis
masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Noor Azam bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya
sama ada kes terbabit mempunyai kaitan dengan isu politik kerana Syamsul juga
terlibat dalam politik.
“Kita masih menyiasat dan akan merujuk Timbalan Pendakwa
Raya sama ada (kes) akan dibawa ke mahkamah atau sebaliknya,” katanya.
Akhbar baru-baru ini melaporkan polis Negeri Sembilan
mengesahkan penceramah bebas itu disiasat selepas seorang pengadu membuat
laporan polis di Johor mendakwa beliau mempunyai skandal dan mengganggu isteri
orang.
Syamsul kemudian mengadakan sidang akhbat menafikan
dakwaan tersebut dan memberitahu tidak tahu motif di sebalik laporan yang
dibuat pengadu. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment