Tiga cedera parah kereta rempuh treler


REMBAU - Pemandu dan dua penumpang sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 224.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, kereta yang dipandu Zulkifly Ahmad, 37, dipercayai terbabas sebelum merempuh belakang sebuah treler yang sedang bergerak di hadapannya.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, dua penumpang yang cedera parah ialah Khairiah Abdullah, 47, dan Nurjannah Noraslan, 9.
"Nurjannah dikenal pasti sebagai anak saudara Zulkifly, manakala Khairiah setakat ini diketahui saudara kepada Zulkifly," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE

Comments