40 murid SK Linggi terhidu racun

BEBERAPA anggota bomba menjalankan kerja-kerja membersih dan menyahkan racun dari badan mangsa di SK Linggi, Port, Dickson hari ini. - UTUSAN ONLINE/IHSAN BOMBA


PORT DICKSON - Kira-kira 40 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi di sini mengalami keracunan selepas dipercayai terhidu racun serangga dalam kejadian pukul 2 petang tadi.
Jurucakap bomba dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang dikerahkan untuk memberi bantuan bagi membersih dan menyahkan racun dari anggota badan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang memantau kejadian tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE

Comments