Matrix sumbang van jenazah kepada Masjid Sheikh Haji Ahmad


SEREMBAN - Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan (BSS) dekat sini yang baru dibuka pada 11 April lalu, menerima sumbangan sebuah van jenazah hari ini.
Kenderaan itu disumbangkan oleh pemaju BSS, Matrix Concepts Holdings Berhad (MCHB) yang juga membina masjid tersebut.

MUSTAZA MUSA (empat dari kiri) menyerahkan replika kunci van jenazah kepada Zam Zam Mohd. Yusop sambil diperhatikan Mohd. Rushdan Ab. Hamid (dua dari kiri) dan Danial Farhan Dolmat (kiri) di Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan dekat Seremban, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sumbangan diserahkan kepada Pengerusi masjid itu, Zam Zam Mohd. Yusop oleh Ketua Perhubungan Pihak Berkuasa MCHB, Mustaza Musa dalam satu majlis di masjid berkenaan.
Yang turut hadir, Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Danial Farhan Dolmat dan Timbalan Pegawai Agama daerah, Mohd. Rushdan Ab. Hamid.
Sumbangan itu, katanya, telah diumumkan oleh Pengerusi MCHB, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin ketika majlis penyerahan masjid itu yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 11 April lalu.
Mustaza berkata, sumbangan van jenazah tersebut adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat itu untuk kegunaan masjid tersebut.

“Selepas masjid ini siap dibina, kami melengkapkan lagi kemudahan dengan menyumbang sebuah kenderaan jenazah.
Katanya, masjid yang terletak di kawasan seluas kira-kira 1.7 hektar itu dibina dengan kos RM15 juta dan boleh memuatkan 1,556 jemaah.
“Sumbangan ini juga adalah pelaksanaan fardu kifayah MCHB kepada masjid dan masyarakat setempat,” katanya.

“Ia dilengkapi dengan ruang solat lelaki yang boleh memuatkan sebanyak 579 orang jemaah dan ruang solat wanita (317 jemaah) dan ruang solat terbuka (660 jemaah),” ujarnya.
Sementara itu, Zam Zam berkata, sumbangan van jenazah itu akan memberi kemudahan kepada kira-kira 4,000 penduduk di 14 kawasan perumahan dalam kariah masjid berkenaan.

Turut disediakan, tambahnya, ialah bilik untuk tetamu, imam dan muazzin serta 133 petak letak kereta dan 105 ruang letak motosikal. - UTUSAN ONLINE


Comments