USIM KETENGAH PRODUK INOVASI DI HMA 2019

NILAI– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara yang menyertai Sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) peringkat kebangsaan yang diadakan di Perkarangan Muzium Sabah baru-baru ini, menerima kira-kira 75,265 pengunjung.






“Selain itu, dengan penyertaan ke HMA ini dapat meningkatkan keternampakan (visibility) USIM di peringkat antarabangsa dengan bersama-sama Jabatan Muzium yang lain yang turut mengadakan pameran kebudayaan dan kesenian tersendiri,” katanya lagi.

Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar iaitu YB Tuan Assafal @Samsul Kamal P. Alian dalam kunjungannya ke reruai USIM semasa Majlis Perasmian Pembukaan HMA mengharapkan agar USIM dapat membantu masyarakat menerusi pemerkasaan Bahasa Arab untuk tujuan memahami kandungan Al-Quran , dan ia menjadi satu cabaran kepada USIM untuk membantu mendidik masyarakat untuk memahami Bahasa Arab terutama masyarakat di Sabah.

Apa yang menarik pada kali ini ialah penyertaan produk-produk inovasi di USIM antaranya Muamalat Interactive Game (MIG) yang diketuai oleh Dr Syahidawati Hj Shahwan yang memfokuskan kepada perancangan dan pengurusan kewangan Islam dan Hamoody Flash Card oleh En Hamadallah Mohammad Salleh yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab terutama kepada mereka yang tidak mahir berbahasa Arab turut mendapat sambutan pengunjung. 

Selain itu, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) yang diterajui oleh Institut Sains Islam (ISI) yang memperkasa pendidikan agama kepada komuniti OKU khususnya OKU penglihatan, pendengaran dan pembelajaran telah mengadakan siri kempen kesedaran Al-Quran untuk OKU yang dihadiri oleh 24 siswa guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Sabah.

Menurut Ketua Penyelidik UMMI, Ustaz Norakyairee Mohd Raus berkata, pengalaman yang diberikan ini memberi peluang kepada kumpulan UMMI untuk melebarkan kesedaran dan kefahaman berkaitna isu sebenar komuniti OKU kepada peserta yang hadir.

“Sikap masyarakat dan akses persekitaran yang mesra OKU perlu dipertingkatkan agar komuniti OKU ini tidak merasa terasing dan melalui platform sebeginilah kami di UMMI mencuba untuk mengubah set minda masyarakat,” katanya lagi.

Klinik Quran Braille dan Klinik Quran Isyarat yang diadakan selama dua jam pada hari terakhir pameran HMA yang diadakan di Muzium Tamadun Islam Sabah sememangnya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari peserta kerana mereka teruja dengan ilmu baharu yang mereka peroleh menerusi program ini, katanya lagi.

Selain itu, produk inovasi dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) iaitu Fast Lab iaitu kit pendidikan sains untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai pembelajaran sains dengan cara yang lebih menarik dan interaktif mendapat sambutan hangat melalui jualan produk Fast Lab seperti Slime Kit, Soap Kit, DIY Perfume dan Molecule Discovery Kit   kepada semua pengunjung.

Antara Pusat Tanggungjawab (PTj) USIM yang turut serta dalam Sambutan HMA ini ialah Perpustakaan, Pusat Komunikasi Strategik (StraComm), Galeri Seni Reka Melayu, Penerbit, Pusat Kebudayaan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk mempromosikan USIM kepada masyarakat di Sabah khasnya.  

Reruai USIM juga turut berbesar hati menerima kunjungan dari Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu YBhg Datuk Seri Borhan Bin Dolah yang mengadakan lawatan rasmi ke HMA 2019.      


Sumber : Pusat Komunikasi Strategik    |  Strategic Communication Centre (StraComm)

Comments