Bekalan Cukup - PPK Tanjong Ipoh Galak Ahli Dalam Perniagaan Tani dan Ternak


Seri Menanti - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Seri Menanti merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)  Tanjong Ipoh, YB Dato' Haji Abd Samad Ibrahim bersama Ahli PPK Tanjong Ipoh ke Unit Kampung Ibol bagi melihat perkembangan aktiviti pertanian dan ternakan yang diusahakan oleh Pengusaha-pengusaha yang  terdiri daripada ahli PPK, di sini.

Dato' Haji Abd Samad Ibrahim, berpuas hati dengan kemajuan dan perkembangan giat tani yang diusahakan di kawasan dewan undangan negeri, beliau berkhidmat.
Ketika dihubungi melalui sistem mesej dalam talian, aplikasi whatsapp, beliau amat berpuas hati dan berbesar hati melihat perkembangan aktiviti pertanian, perladangan dan penternakan di kawasan khidmatnya.
Beliau dah ahli-ahli PPK Tanjong Ipoh berkesempatan meninjau projek pisang dan jagung seluas tujuh puluh ekar di mana tanaman ini dilakukan secara tissue culture.
Beliau juga memaklumkan bahawa, di kawasan sama turut didirikan bangunan penyelidikan atau R&D bagi kedua-dua tanaman ini.
Di hari sama, beliau turut di bawa melawat ke Ladang Ternakan Itik Telur yang diusahakan.
Jelas beliau, “Ternakan itik telur berjumlah seribu  ekor  sedang  diusahakan dikalangan ahli  tempatan. Menurutnya lagi, “kini masyarakat setempat  tidak lagi menghadapi masalah bekalan telur itik. Memandangkan telur itik juga antara yang digemari dan berpotensi dibekalkan di dalam pasaran tempatan dan luar dari Negeri Sembilan. Selain masakan gulai lemak telur itik, ianya juga boleh diproses sebagai ‘telur asin”, ujar beliau.
Selepas itik-itik ini tidak produktif lagi untuk bertelur atau dikenali sebagai itik pencen, pasarannya berpotensi tinggi dan mempunyai permintaan yang amat baik, terutamanya jika itik itu disalai dan dijual.
Ketika ini pasaran itik salai di gerai-gerai tepi jalan laluan Kuala Pilah - Seremban amat baik.
Pengusaha perladangan dan ternakan PPK Tanjong Ipoh, diyakini mampu menerajui pasaran pembekal jika pelan pemasaran dan aktiviti penjualan diusaha giatkan.
Dalam perkembangan lain, Dato’ Abd Samad turut memaklumkan terdapat reban ayam kepunyaan PPK yang hendak di sewakan seluas enambelas  ekar, di sini.
Selain dari itu terdapat juga beberapa kolam ikan ternakan yang diusahakan oleh ahli-ahli PPK tempatan.


Comments