SEREMBAN - Ibu kepada remaja warga Ireland, Nora Anne
Quoirin, 15, yang hilang dari sebuah resort dekat sini sejak Ahad lalu
mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Meabu Jaseprine Quorin, 46, berkata, beliau menghargai
petugas SAR yang bertungkus-lumus mencari anak perempuannya dan sanggup
mengorbankan cuti Hari Raya Aidiladha.
"Saya mahu mengucapkan terima kepada anda semua.
Kami tahu anda mencari Nora Anne siang dan malam. Kami melihat anda bekerja
dengan kuat. Kamu semua berada di sana pada musim perayaan.
"Kami menghargai apa yang sedang anda lakukan untuk
kami. Melihat usaha, kepakaran dan dedikasi anda semua. Kami amat berharap anda
akan menemukan Nora Anne," katanya ketika bercakap di hadapan para petugas
SAR di Pantai di sini hari ini.
Yang turut kelihatan suaminya, Sebastian Marie Philipe,
47.
Nora Anne yang bercuti bersama ibu dan bapa serta dua
adiknya dilaporkan hilang dari tempat penginapan di Resort The Dusun Pantai
Hill dekat sini pada pagi, 4 Ogos lalu.
Semasa kejadian, mangsa tidur di dalam bilik bersama dua
adiknya, Innes Julia, 12, dan Maurice Arthure, 8, sebelum gadis tersebut
didapati hilang kira-kira pukul 8.30 pagi.
Mangsa yang merupakan anak sulung tiba di resort
berkenaan bersama keluarganya pada pukul 7 pagi, 3 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment