[KAMI DATANG BERTANJAK] Jejak dan Warisan - Tanjak Melayu


Waris-Waris Melayu Warisan Malaya,
Mari kita ramai-ramai Menyambut Kemerdekaan Dengan Berbusana Tradisi Melayu Warisan Persilatan.

Bertanjak, berdestar dan bertengkolok.., hanya berbusana gaya Melayu Malaya, Nusantara.. sebagai simbolik.., yang kita ini tidak ditelan zaman dan tidak terpisah dek bumi. Di larang membawa apa-apa senjata tajam dan seumpama dengannya. Hanya berkumpul dan menyaksikan Perarakan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sembilan. 
Mohon dirujuk poster yang dilampirkan bersama. Kami dimaklumkan mereka yang hadir berbusana ini nanti akan dirakamkan gambarnya sebagai kenang-kenangan buat renungan sejarah. Berminat..? Ayuh kita turut serta.., terima kasih.


Pemakaian ini juga sebagai simbolik dan inspirasi susulan kempen pemakaian Tanjak pada Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2019. Jom sokong pemakaian Melayu ini.


Bersama ini, dilampirkan juga pengkisahan apa itu tanjak, tengkolok atau destar sebagai rujukan. Mohon baca yer..
Pancapersada menyebutkan bahawa Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu. Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu. Secara ringkasnya, perbezaan antara tengkolok, destar dan tanjak ialah :
Tengkolok : Lilitannya meruncing ke atas, lilitan berlapis (tebal), kainnya bermutu.
Destar : Lilitannya rendah dan nipis.
Tanjak : Lilitannya macam tengkolok, tetapi lebih ringkas dan nipis.

Tengkolok, juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala, merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.
Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dengan jenis dan corak kain yang berbeza, mengikut taraf sosial pemakainya. Nama am bagi bentuk tengkolok yang berbeza-beza itu ialah "solek". Setiap solek tengkolok yang berbeza ini turut diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan, dikenali sebagai "Solek Dendam Tak Sudah". Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.
Tengkolok Diraja merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran Melayu. Semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagai solek di ulunya, sebagai pakaian kebesaran. Bentuk ikatan (solek) dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Kain ulu itu di namakan Tengkolok dan Tengkolok yang dipakai oleh D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan Dendam Tak Sudahyang berasal dari Negeri Sembilan. Pada bahagian hadapan tengkolok ini dipasang anak bulan pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih dan di tengah-tengah bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.
BERIKUT adalah beberapa catatan berkaitan dengan Tanjak Melayu. Ia sebagai imbauan dan nostalgia kita kepada khazanah seni budaya bangsa. Barangkali ia dapat memberi kita nafas dan renung, bahawa dalam jejak warisan bangsa terlalu banyak yang ada, tetapi banyak pula telah terkubur.

TANJAK MELAYU
Warisan Tanjak Melayu

TANJAK, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.
Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.
Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.
Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.
Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang.
Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.
Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.
Sejarah pemakaian tanjak di Perak pula dikatakan berasal dari sejarah lagenda kedatangan Sultan Muzaffar untuk ditabalkan di negeri Perak.
Mahkota raja yang dipakainya dibuang ke laut kerana perjanjian dengan penjaga laut untuk terus mudik ke negeri Perak. Pakaian kepala kemudiannya direka untuk mengantikan mahkota raja dan dipanggil tengkolok raja.

Rekaan dan Lipatan
Rekaan tanjak biasanya berkait rapat dengan status sipemakai. Apa yang dipakai oleh rakyat biasa berbentuk simpulan dan diubahsuai dari rekaan asal yang dipakai oleh raja. Rakyat tidak boleh memakai bentuk tanjak yang sama dengan bentuk tanjak raja atau sultan.
Kebanyakan tanjak sekarang dibuat dari kain songket. Untuk membuatnya, kain songket bersaiz 31 x 31 diambil dan dilipat dua kepada bentuk tiga segi bersama kertas keras, sebelum digosok dan dijahit. Untuk membuat bentuk tertentu, dawai atau lidi akan dimasukkan bersama lipatan supaya tanjak terbentuk keras dan cantik pada segi tertentu.

Jenis Lipatan Tanjak
Dendam Tak Sudah
Belalai Gajah
Setanjak Balung Raja
Sarang Kerengga
Sekelungsung Bunga
Ketam Budu
Kacang Dua Helai Daun
Solok Timba
Mumbang Belah Dua
Sekolongsang Bunga
Cogan Daun Kopi
Balung Ayam
Ayam Patah Kepak
Pucuk Pisang
Buana
Sering
Getam Pekasam
Anak Gajah Menyusu
Pari Mudek
Lang Menyusur/Menyonsong Angin
Lang Melayang


Comments