SEREMBAN - Kanak-kanak berusia lima tahun, Muhammad Fawwaz Adli Mohd. Bukhari yang parah selepas dihempap peti sejuk pada 12 Julai lalu tidak mampu bertutur dan berdiri akibat kejadian tersebut.
Bapanya, Mohd. Bukhari Zainal Annuar, 33, berkata, anaknya telah dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) hari ini dan doktor memberitahu keadaan anak sulungnya itu mungkin berlarutan untuk tempoh yang lama.
“Anak saya telah dibenarkan keluar dari hospital, tetapi dia sudah tidak seperti dulu. Makan perlu menggunakan straw. Doktor kata ia kesan kecederaan yang dialaminya di bahagian kepala.Dalam kejadian pada 12 Julai lalu, Muhammad Fawwaz Adli mengalami kecederaan parah di kepala selepas dihempap peti sejuk setinggi kira-kira 1.8 meter rumahnya di Taman Cempaka, Nilai.
“Bagaimanapun saya tetap bersyukur dia selamat menjalani pembedahan dan kami sekeluarga akan tabah menghadapi dugaan ini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.Peti sejuk untuk kegunaan perniagaan itu dibeli oleh bapanya lapan bulan lalu dan ditempatkan sementara di ruang tamu rumah berkenaan.

Kejadian itu disedari oleh ibu mangsa selepas mendengar bunyi dentuman di belakangnya semasa dia menonton televisyen di ruang tamu tersebut.Sementara itu, Mohd. Bukhari berkata, anaknya itu perlu menjalani rawatan susulan di HTJ.“Saya juga akan mendapatkan rawatan Islam untuk anak saya sebagai ikhtiar memulihkannya,” katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan kesembuhan anaknya. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment