SEREMBAN - Mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15,
yang ditemukan mati pada Selasa lalu, telah dituntut dari Jabatan Forensik
Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini tengah malam tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan,
Datuk Mohamad Mat Yusop yang menerima maklumat itu hospital berkenaan.
"Saya telah dimaklumkan oleh pegawai HTJ bahawa
mayat Nora Anne telah dibawa keluar.
"Saya difahamkan mayat itu kemudian dibawa ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya ketika dihubungi di
sini.
Sebelum itu, sebuah van berwarna kelabu tiba di
pekarangan Jabatan Forensik kira-kira pukul 12.38 tengah malam.
Turut kelihatan ialah beberapa individu yang dipercayai
petugas syarikat pengurusan mayat.
Ahli keluarga Nora Anne tidak kelihatan.
Van tersebut berlalu pergi kira-kira pukul 12.42 tengah
malam selepas memuatkan sebuah keranda dipercayai mengandungi mayat Nora Anne.
- UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment